Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bila Lelaki Pakai Gaun Di Oscar...

Kamaruddin Razal 25/02/2019 | 10:48 MYT
Di Hollywood, segala-galanya berkemungkinan berlaku. Apa lagi di acara karpet merah untuk majlis Anugerah Oscar yang sedang berlaku di Los Angeles pagi tadi.
Dalam keghairahan artis-artis Hollywood melaram dengan persalinan elegan serta mewah, penyanyi dan aktor Billy Porter menarik perhatian penonton apabila muncul mengenakan gaun semasa melalui karpet merah.
Seperti yang semua orang sedia maklum, gaun lazimnya dikenakan oleh kaum wanita, tetapi Porter bagaikan sengaja mahu tampil kelainan dengan mengenakan tuxedo dipadankan dengan gaun.
Gaun tuxedo rekaan pereka fesyen Christian Siriano itu menggunakan material kain baldu berwarna hitam.
Menurut Siriano, dia hanya mempunyai masa selama seminggu untuk menyiapkan rekaan berkenaan.
"Pada pendapat kami, jika sekadar memakai tuxedo sama sahaja seperti kebiasaan. Harus lain daripada yang lain.
"Saya juga melihat belum ada mana-mana lelaki yang mengenakan gaun di karpet merah Oscar. Dan Porter sangat sesuai untuk mengenakannya," kata Siriano.
Gaun tuxedo yang dipakai pelakon drama bersiri Pose itu menjadi perhatian netizen di seluruh dunia.
Sumber: Astro Awani / Agensi
Foto: Reddit.com
#Oscar 2019
;