Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

"Bila Logo Keluar, Pereka Grafik Tunjuk Skil Tapi Bila Ada Pertandingan..." - Netizen Bidas Pengkritik Logo Tahun Melawat Malaysia 2020

Hanafis Haris 24/07/2019 | 10:46 MYT
Pemilihan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin mengundang kritikan daripada netizen di media sosial.
Selain rekaan logo yang disifatkan tiada keaslian, penggunaan bahasa Inggeris pada slogan Tahun Melawat Malaysia 2020, 'Visit Truly Asia Malaysia' juga dikritik sebagai 'pelik'.
Namun, dalam pada kemelut yang melanda logo itu masih ada segelintir netizen yang mempertahankan pemilihan berkenaan.
Antara yang menarik perhatian, adalah perkongsian individu dikenali sebagai Nadia Azlan di platform Twitter.
Menurut Nadia, sesetengah netizen khususnya pereka grafik hanya pandai mengkritik dan menunjukkan skil apabila logo rasmi telah dipilih.
"Namun masa kementerian buat pertandingan cipta logo, penyertaan semua suam suam kuku. Dapatlah pemenang yang lukis vector dari ‘shutterstock’ punya gambar. Sedih ya," katanya.
Menurutnya, ada sebab mengapa kementerian membuka penyertaan kepada orang ramai bagi mempamerkan kreativiti masing-masing.
"Masa keluar logo stem orang utan dengan KLCC dulu ramai keluarkan rekaan lebih cantik.
"Jadi kementerian kumpul seberapa banyak rekaan dari rakyat Malaysia menerusi pertandingan," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini Tweet terbabit telah dikongsi sebanyak 9,200 kali dan menerima 6,400 likes.
Posting terbabit menerima pelbagai reaksi positif dan juga negatif daripada netizen.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi menyifatkan tindakan segelintir pihak yang mengkritik logo Tahun Melawat Malaysia 2020 sebagai kurang bijak.
Menurutnya, segala kritikan yang dibuat juga dianggapnya sebagai tidak berasas.
“Kita kekalkan pasal kritikan itu tidak berasas, bukannya satu kritikan orang yang bijak, kalau kritikan orang bijak kita akan lihat balik, kritikan tidak bijak jadi kita abaikan sahaja," katanya menerusi Astro Awani.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, pereka grafik, Alfred Phua Hong Fook menewaskan ratusan peserta apabila rekaannya dipilih menjadi logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020.
Rekaan tersebut menjadi pilihan kerana menampilkan elemen ikon Malaysia iaitu burung kenyalang, bunga raya dan paku pakis.
Namun, logo tersebut sekali lagi dikecam apabila ikon burung kenyalang itu didakwa memplagiat 'shutterstock photo'.
#Viral #Malaysia #Viral #Twitter
;