“Bila Masa Pula Aku Bagi Statement Ni?” - Duduk Diam Tak Kacau Orang, Kakak Ira Kazar Pula Jadi Mangsa Fitnah
Mya Amri
14/01/2023 01:46 MYT
14/01/2023 01:46 MYT
Susulan perkahwinan kontroversi antara anak pelakon vateran, Kazar iaitu Ira dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof maka tidak hairanlah sekiranya netizen turut memberikan tumpuan kepada ahli keluarga yang lain.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama kakak kepada Ira iaitu Melor Kazar pula menjadi mangsa fitnah blogger yang tidak bertanggungjawab.
Melor menerusi ruangan Insta Story miliknya menegaskan tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung perkahwinan adiknya seperti didakwa blogger tersebut.
“Bila masa pula aku bagi statement ni? Yang kuban-kuban (bukan-bukan) je blogger ni. Duduk diam pun kena juga? Di bumi apakah aku duduk ini?” tulisnya.
Untuk info, blogger tersebut mengeluarkan artikel berbaur fitnah yang mendakwa Melor memberikan kenyataan mempertahankan Ira.
Jumaat lalu, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri.
Puteri Sarah kemudiaannya telah memohon suaminya, Syamsul Yusof agar 'melepaskannya' dengan cara baik kerana dirinya tidak sanggup hidup bermadu dengan wanita yang baru dikahwini Syamsul.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga kini.