Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Bila Masa Pula Aku Mohon Ni” - Tiba-Tiba Jadi Anggota Rela? Netizen Bimbang Maklumat Bocor

Hanafis Haris 14/06/2021 | 17:17 MYT

Terkejut, terkilan dan tidak rela! Itu antara reaksi sebahagian netizen yang meluahkan kekecewaan selepas mendapati nama mereka berada dalam sistem pendaftaran sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Kebanyakan mereka bagaikan bingung memikirkan bagaimana nama beserta maklumat peribadi itu boleh terpapar dalam laman web berkenaan.

Menerusi pemantauan Gempak, orang ramai mula mengetahui mengenai perkara itu selepas pautan laman web Rela dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp dan beberapa platform media sosial.

“Terkejut, siap nombor kad pengenalan lagi. Bila pula aku apply jadi rela ni”

“Ramai betul tak rela jadi rela, bukan apa tiba-tiba je nama ada dalam sistem. Mana dapat info”

“Aku bukan apa, risau info-info mi dimanipulasi pihak tertentu,” kata beberapa netizen.

Difahamkan, Ketua Pengarah Rela Yahya Sulaiman memaklumkan pihaknya akan menyediakan kenyataan sebaik maklumat berkaitan isu berkenaan diperoleh.

Pada masa sama, menerusi Facebook pihak Rela mengatakan terdapat pengambilan anggota Rela secara besar-besaran pada tahun 2012, dan terdapat kemungkinan yang mana senarai nama diterima ketiika itu, dan didaftarkan terus ke sistem.

Pihak Rela turut memohon maaf atas kekeliruan, dan bersedia membatalkan nama dari dalam sistem dengan memberikan maklumat kepada pihak mereka.

Dalam pada itu, semakan di laman sesawang jabatan itu mendapati jumlah keahlian terkini Rela adalah lebih tiga juta anggota membabitkan 1.8 juta anggota lelaki, manakala 1.2 lagi anggota wanita.

#Viral #Rela #Website
;