Pelakon Zarina Anjoulie menuntut permohonan maaf daripada individu yang difahamkan merujuk kepada bekas tunangnya Datuk Seri Khazrul Elzey.



Menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram Stories, Zarina atau lebih popular disapa Anju memohon agar individu berkenaan bertemu keluarganya untuk memohon maaf berhubung kenyataan fitnah terhadap mereka.

"Awak sentuh isu dadah saya now netizen dah buka isu kes dadah awak kena tangkap 2009 dulu. Awak dah takut awak sent family awak. Saya dengan family awak okey, tapi family saya macam mana pula?

"Awak dah fitnah saya macam-macam sekarang, family saya dah malu awak fitnah cerita pasal keluarga saya. Jadi awak patut datang minta maaf dengan keluarga saya juga dan buat live statement bahawa apa yang awak cakap pasal saya semua tu putar belit.

"I love your family no matter what, but this issue is between you and me. Time sebar aib bukan main riyak, tapi bila time nak minta maaf kecut pula," tulis Anju.



Anju memberitahu dirinya terbuka untuk kembali berdamai seandainya permohonan maaf dibuat terhadap keluarganya.

"Saya okey je kalau awak nak berbaik saya dah biasa kena macam ni dari lelaki macam awak. Cumanya keluarga saya layak mendapat permohonan maaf!

"Mak bapa saya tak berhak kena benda macam ni sebab mak bapa saya treat awak dengan sangat biak. Kalau awak seorang yang beragama you should know what to do. So you better think wisely what is your next step.

"Once you settle all this nonsence with my family, then we are good. Live and tell the truth! You dah tabur banyak fitnah pada saya dan keluarga saya," tambahnya.

Dalam pada itu, Anju turut mengulas kenyataan dari individu berkenaan yang mendakwa punyai foto tidak senonoh miliknya.

"Bila masa pula saya kasi awak gambar bogel saya? Yang awak ugut nak sebarkan... Be a man and sort this matter yourself," tegas Anju.