Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Bila Masa Saya Ada Dua Bini? Mengarutlah!” – Oja Jawab Kenyataan Aril Dalam CCTV

Fiza Kamarudin
13/11/2020 09:30 MYT
Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Oja, menjawab spekulasi mempunyai dua orang isteri selepas Aril Pilus menyebut tentang perkara berkenaan menerusi program CCTV, semalam (Khamis).

Oja ketika dihubungi Gempak berkata, kenyataan dikeluarkan Aril hanya gurauan, tambahan lagi mereka sudah mengenali di antara satu dengan yang lain lebih dari 10 tahun.

“Ketika rakaman CCTV, artis undangan ketika itu selain saya ialah Sissy Iman dan Ayu Damit. Jadi si Aril ni usik Sissy sebab kebetulan dia masih belum berkahwin dan kaitkan dengan saya.

“Selepas itu seorang lagi hos CCTV, Aliff, terus usik Oja mungkin dia ingat Aril tu cakap benda betul, padahal Aril tu memang selalu bergurau dan mengusik macam tu.

“Saya tak ambil hati pun…Bila masa pula saya berbini dua, memang taklah! Lagi pun kalau nak diikutkan ini perkahwinan saya yang ketiga, saya dah gagal dua kali sebelum ini.

“Jadi saya memang akan menjaga perkahwinan kali ini dengan baik supaya tidak tersilap langkah lagi,” katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Oja (@aku_oja)

Mengulas mengenai persembahan bersama Black di GV7 minggu ini, Oja mengakui agak risau kerana dia dan penyanyi lagu Sabar itu mempunyai range suara berbeza.

“Saya agak risau sebenarnya sebab Black suara dia memang tinggi, bukan tinggi je tapi tinggi sangat. Memang agak susah juga.

“Saya kena plan nak mencari range suara lelaki yang sesuai untuk menyanyikan lagu Sembilu, nyanyian Ella itu.

“Cuma saya memang kena pastikan saya yang memberi manakala Black pula sebagai penambah perisa supaya persembahan kami nanti nampak harmoni.

“Saya tidak bimbang dengan kemampuan Black sebab semua orang tahu dia memiliki cara dan gaya nyanyian yang baik,” katanya.

Tinggal 10 bintang bakal meneruskan perjalanan di minggu keenam GV7 bertemakan 'Double Special' iaitu berduet bersama rakan artis.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

 GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

 Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
 
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
 
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang.
 
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
 
 
#Gegar Vaganza #Oja #GV7