Laman Utama

“Bila Masa Saya Bercinta Dengan Engku Emran?” - Fiza Halim

gempak
Gempak
06/05/2023
07:45 MYT
Sponsor Banner
“Bila Masa Saya Bercinta Dengan Engku Emran?” - Fiza Halim
Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim menafikan dakwaan dirinya bercinta dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, seperti yang diperkatakan netizen ketika ini.
Menurut Fiza, dakwaan netizen itu sama sekali tidak berasas.
"Saya sendiri terkejut dengan dakwaan itu kerana tiada angin tiba-tiba keluar gosip itu. Saya dapat tahu cerita itu daripada kawan dan kakak angkat yang 'screenshot' (tangkap layar) mengenai komen peminat itu di Instagram," katanya seperti dilapor Harian Metro.
Ditanya sama ada dia mengenali Engku Emran yang juga suami kepada Noor Nabila Mohd Noor itu, Fiza berkata, dia sendiri tidak pernah bertemu dengannya di mana-mana acara sebelum ini.
"Saya sendiri tidak pernah kenal pun Engku Emran dan hanya mengetahui mengenai dirinya dengan bekas isterinya iaitu Erra Fazira dan Laudya Cinta Bella pun di TikTok.
"Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan kami bercinta itu," katanya.
Mengulas dakwaan Engku Emran ada membawa anaknya keluar, Fiza berkata, dia juga hairan bagaimana gosip itu turut mengaitkan nama anak-anaknya.
"Saya pelik bila keluar cerita Engku Emran dipercayai membawa anak-anak saya keluar sedangkan mereka tidak boleh keluar rumah sesuka hati pun.
"Tidak logik jika Engku Emran bawa anak-anak saya keluar tanpa pengetahuan saya," katanya.
Namun, Fiza tidak kisah dengan apa saja gosip mahupun kecaman peminat kerana sudah lali dengannya.
"Saya sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni dan terima apa saja kecaman netizen. Saya hidup dengan dunia sendiri dan tak kacau hidup orang pun," katanya.
Terdahulu, kontroversi status rumah tangga antara usahawan selebriti, Noor Nabila, 38, dan Engku Emran masih menjadi tanda tanya, apatah lagi pasangan ini mengambil keputusan mengunci mulut.
Namun, menerusi perkongsian video di laman TikTok, Engku Emran didakwa menjalin hubungan bersama Fiza, selepas video tular memaparkannya bersama dua remaja yang didakwa anak kepada bekas anggota Elite itu.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pengikut di laman sosial berkenaan mengatakan remaja yang bersama Emran dalam foto tular itu adalah anak saudaranya iaitu Maja dan Aisa, bukannya anak Fiza seperti yang didakwa
Fiza pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.
Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah dengan juruterbang, Aizat Al Jefri.
HARIAN METRO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024