"Bila Masa Tah Dia Ni Mengandung" - King Coco Selamat Bersalin Anak Kedua

Amri Hassan
Ogos 17, 2020 04:55 MYT
Personaliti media sosial, King Coco telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Sabtu.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
"Alhamdulillah. Another hero in the family. Semua puji hanya pada Allah," tulisnya.
Bayi lelaki keduanya itu diberikan nama Putra Muhammad Haqeem.
Lebih menarik menerusi posting sama, King Coco turut meletakkan tanda pagar #bilamasatahdianimengandung.
King Coco tela mendirikan rumah tangga bersama seorang bekas juruterbang , Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Kyle Mateen.
#Bersalin #King Coco #King Coco #Anak Kedua