Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan kata-kata semangat kepada pelakon Siti Elizad yang menjalani rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Siti memberikan kata-kata dorongan itu menerusi ruangan komen posting terbaru Elizad hari ini.

Menurut Siti, proses tersebut memerlukan pengorbanan dan berharap Elizad sentiasa memikirkan perkara-perkara positif.


“Bila masuk embrio, baring terus sampai 4 bulan dah kuat baru jalan-jalan ya... Memang perlu pengorbanan yang tinggi… Insya-Allah… Allah SWT beri dik… Selalu bersangka baik pada Allah ya,” tulisnya.

Selain Siti, rakan selebriti lain juga turut memberikan sokongan kepada Elizad antaranya Erra Fazira, Fasha Sandha, Siti sarah Raissuddin dan Nora Danish.


“Moga Allah makbulkan doa dan impian mu adikku… Moga dipermudahkan,” tulis Erra Fazira.

“Ibu doakan. Lepas ni jangan jalan laju-laju sangat... Teruskan doa jangan putus doa. Insya-Allah you will have a baby,” doa @fashasandha.

Terdahulu, Siti juga menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Hasil rawatan itu, Siti telah dikurniakan seorang puteri, Siti Aafiyah.

Sebelum ini, menerusi akaun Instagramnya Elizad memaklumkan telah pun memulakan rawatan IVF hari ini

BACA: “Kebanyakan Cakap Mental Kena Kuat, Tolong Doakan Saya” - Elizad Gementar, Mula Jalani Proses IVF