"Bila Naik Syeikh Tu Yang Best!" - Nad Zainal Sertai Persembahan Makyung
Asraf Aided
30/08/2019 09:53 MYT
30/08/2019 09:53 MYT
Pelakon Nad Zainal berasa gembira kerana berpeluang menyertai teater Makyung Raja Besar Maha Gading yang bakal dipentaskan di Istana Budaya tidak lama lagi.
Menurut Nad, dia sudah lama tidak berkecimpung dalam pementasan teater dan sangat berpuas hati kerana diberi peluang untuk melakukannya.
"Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menyertai pementasan teater ini, sudah lama saya idamkan.
"Sebelum ini, saya sememangnya aktif dengan pementasan teater memandangkan saya belajar di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA), namun setelah beberapa tahun tidak berlakon teater, tidak dinafikan bakat dan kemahiran saya agak 'rusty'.
"Walaubagaimanapun, kami akan diberi latihan selama lebih kurang tiga bulan sebelum hari pementasan, Insya-Allah saya yakin boleh lakukannya," katanya kepada Gempak.
Nad berkata demikian ketika ditemui di sidang media teater Makyung Raja Besar Maha Gading bertempat di Istana Budaya petang semalam.
Dalam pada itu, Nad mengatakan dia menyukai perasaan gembira dan asyik ketika berlakon dan menari dalam pementasan Mak Yung.
"Saya tak sabar untuk membuat persembahan Mak Yung ini, kadang-kadang, perkara yang dianggap mistik itu buat saya rasa seronok, bila naik 'syeikh' tu yang best!" selorohnya.
Teater Makyung Raja Besar Maha Gading akan mula ditayangkan bermula 11 hingga 13 Oktober 2019, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Teater tradisional ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rosnan Rahmat, Nad Zainal, Naque Ariffin, Izzue Islam dan ramai lagi.
Harga tiket dijual pada harga RM57, RM77, RM97, RM117 dan RM157 dan boleh dibeli menerusi www.airasiaredtix.com bermula 27 Ogos 2019 atau terus ke Kaunter Box Istana Budaya yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang untuk hari-hari sebelum pementasan dan 10 pagi hingga 9 malam sepanjang pementasan berlangsung.
Diskaun harga sebanyak 30 peratus diberi kepada golongan OKU, warga emas dan pelajar, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!