Penyanyi popular Indonesia Afgan mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen-momen mesra bersama Rossa di konsert Tegar 2.0.

Menerusi laman sosial Instagram, Afgan memuat naik beberapa keping foto berpelukan dan berpegangan tangan ketika menjadi penyanyi jemputan konsert tersebut di Bandung, Indonesia.

“Gembira dapat bersama-sama meraikan konsert jelajah Tegar 2.0 bersama awak di Bandung.

“Bangga dengan apa yang telah awak capai dalam konsert ini setakat ini. Semoga maju jaya untuk konsert di dua bandar terakhir. Awak boleh buat @itsrossa910,” tulis Afgan menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian empat foto tersebut, wargamaya teruja apabila melihat foto terakhir yang menunjukkan tangan Afgan erat memegang jari-jemari Rossa.

glad that i could be there and celebrate with you for your tegar 2.0 concert tour in bandung. proud of you and what you’ve accomplished on this tour so far. best of luck for the last two cities. you got this. @itsrossa910 ? ? by @davianakbar

A post shared by Afgan (@afgansyah.reza) on


Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya mahukan pasangan ini dijodohkan kerana saling melengkapi.

“Tahun 2020 semoga on the way halal,” komen seorang wargamaya.

“Bila mahu nikah,” tanya seorang wargamaya.

“Jodoh semakin dekat, kalian mirip sekali,” puji seorang wargamaya.

“Suka lihat kalian berdua. Semoga berjodohan,” ujar seorang wargamaya lagi.

Malah, ada juga yang patah hati melihat kemesraan dua bintang popular ini yang seakan-akan tidak lagi berselindung tentang perihal hati dan perasaan mereka.

Rossa menerusi konsert Tegar 2.0 membuka tirai jelajah pertama pada 5 Oktober lalu di Jakarta. Selepas Bandung, Rossa akan meneruskan konsertnya di Yogyakarta dan Surabaya.

Perkongsian Afgan tersebut sehingga kini telah menerima hampir 170,000 tanda suka daripada wargamaya.