Bila Peminat Rasa Sherin Amiri Layak Jadi Juara Dewi Remaja.... Ini Jawapan Tuan Punya Badan!

Kamaruddin Razal
Januari 15, 2019 14:37 MYT
Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 sudah sampai ke kemuncak dan menobatkan pelakon baru Haneesya Hanee sebagai juara pada Ahad lalu.
Namun begitu, wujud segelintir netizen berpendapat pemenang tempat ketiga, Sherin Amiri lebih layak bergelar juara berdasarkan jawapan serta persembahan yang diberikan olehnya pada malam akhir itu.

Vote for sherin utk juara dewi remaja 2018/2019 tp dah tau haneesya mmg paling layak. Congrats!

— Tytin (@nftnirma) January 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Please ah sherin yang menang dewi remaja

— rin (@errinajeffry) January 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

AKU BET RM50 SHERIN MENANG DEWI REMAJA

— Indroqq (@ShhzlIndra_) January 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sherin ni dewi remaja material sia istg

— shera (@mythshera) January 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dewi remaja mlm ni livee,ai suka sherin laa ? HR dulu asal tk buat live?

— Dahlia (@nr__dahlia) January 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bertemu dengan tuan punya badan usai pertandingan terbabit, gadis yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi ini mempunyai jawapan tersendiri.
"Sejujurnya, saya langsung tak letak sebarang harapan. Bagi saya, sudah sampai ke tahap Top 12 sudah membanggakan dan saya sangat bersyukur.
"Apabila berada di tahap ini, saya rasa sangat bertuah. Saya langsung tak memikirkan mengenai menang atau kalah kerana semuanya berpihak kepada rezeki.
"Sudah tertulis rezeki untuk Haneesya menjadi Dewi Remaja dan Tia Sarah bergelar naib johan.
"Biarpun saya berada di tempat ketiga, itu tidak menghalang saya untuk terus menjadi inspirasi bagi remaja di luar sana," katanya optimis.
Bagi bekas pramugari syarikat penerbangan Singapore Airlines ini, dia mahu meneroka bidang seni tanpa melupakan pelajaran.
"Selepas tamat diploma, saya terbang selama tiga tahun. Pada masa yang sama, saya melanjutkan pembelajaran.
"Saya berhenti berkhidmat sebagai pramugari kerana ingin memberikan fokus kepada pelajaran. Alhamdulillah, pada masa yang sama rezeki lain pula datang iaitu menyertai Dewi Remaja 2018/2019.
"Selepas ini, saya teringin untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni tetapi saya meletakkan prioriti terhadap pelajaran.
"Biarlah saya tamat belajar dahulu, kalau boleh ke peringkat sarjana dan seterusnya.
"Insya-Allah jika ada rezeki dalam bidang seni, saya akan membahagikan masa sebaik mungkin tetapi saya tidak akan mengabaikan pelajaran," katanya menutup bicara.
#Dewi Remaja #Sherin Amiri