Bila Peminat Tiru Gaya Misha, Sarah & Noryn... Comelnya!

Kamaruddin Razal
Februari 14, 2019 11:38 MYT
Penyanyi Misha Omar, Siti Sarah dan Noryn Aziz kini sedang giat berlatih untuk menjayakan konsert Soul Sisters yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 April ini.
Menerusi laman sosial, peminat sudah mula merasakan debaran konsert terbabit menerusi hashtag #SoulSistersConcertChallenge.
Ada dikalangan peminat yang meniru cara Misha, Sarah dan Noryn bergambar dan semuanya comel-comel belaka!
Menerusi hashtag #SoulSistersConcertChallenge, Misha, Sarah dan Noryn mencari peminat bertuah untuk menang tiket khas ke preview konsert Soul Sisters.
Peminat bertuah akan diberi peluang untuk menyaksikan konsert preview khas dan juga beramah mesra dengan ketiga-tiga penyanyi tersebut dengan menyertai cabaran #soulsistersconcertchallenge.
Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut hanya perlu mengambil gambar bersama kawan-kawan dengan membuat gaya seperti trio Soul Sisters dan muatnaik di laman instagram dan sertakan sekali hashtag #SoulSistersConcertChallenge di dalam caption.
Ha, apa yang paling penting, pemenang akan dipilih oleh Noryn, Misha dan juga Siti Sarah!
Maklumat lanjut boleh didapati di akaun instagram rasmi konsert tersebut iaitu @soulsistersconcert.
Konsert Soul Sisters adalah produksi pertama Edd Razhe Entertainment (ERE) dan konsert yang akan berlangsung selama dua malam itu bakal dipentaskan pada 5 dan 6 April 2019.
Tiket boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com pada harga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond) , RM355 (Platinum) , RM255 (Gold) dan RM155 (Silver).
#Konsert Soul Sisters