"Bila Perut Bertemu Perut" - Linda Onn Lawan Baby Bump Dengan Nora Danish

Amri Hassan
Februari 6, 2018 02:48 MYT
Baik Linda Onn mahu pun Nora Danish, kedua-dua selebriti ini sedang menantikan detik kelahiran bayi masing-masing.
Linda dijangka bakal bersalin kurang lebih empat minggu dari sekarang manakala Nora pula dijangka bersalin pada 9 Mac depan.
Debaran menantikan cahaya mata masing-masing diserikan dengan keletah bersahaja kedua-duanya ketika bertemu di majlis resepsi Betty Rahmad baru-baru ini.
Linda juga sempat memuat naik beberapa keping foto bersama Nora sambil menayangkan baby bump masing-masing.
"Bila perut bertemu perut. Semoga urusan kelahiran cahaya mata anda berjalan lancar @noradanish. Amin," tulis Linda.
Memandangkan Linda antara selebriti yang jarang mengemaskini akaun media sosialnya, perkongsian comel kedua-dua selebriti itu mendapat perhatian peminat yang mendoakan proses bersalin berjalan lancar.
"Dulu lawan body seksi sekarang lawan perut seksa. Semoga baby keluar cantik macam Mummy," tulis @ulmilu.
"Tahniah kedua-duanya. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran nanti @lindaonn7 dan @noradanish," tulis @cik.kemal.mk.
"Besarnya perut Nora. Apapun semoga selamat bersalin dan selamat berpantang," doa @feza_hafisza.
"Nampak perut Kak Linda macam baby girl, perut Kak Nora macam baby boy. Apapun, tahniah. Semoga dipermudahkan semuanya," tulis @sabarian_6240.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @lindaonn7
#Nora Danish #Linda Onn #Baby Bump