Pengarah dan pelakon Michael Ang menjelaskan karya terbarunya, telefilem seram Penaklukan Syaitan berkisarkan mengenai santau.

Telefilem yang menampilkan lakonan Mawar Rashid, Ben Amir, Nadya Syahera, Sharifah Shahora, Norlia Ghani, Alif Muhaimin dan ramai lagi ini bakal bersiaran pada malam ini.

Sampai macam tu sekali orang buat Miza. Meh sini CikBam hantar balik barang barang tu. CikBam pun ada PUSAKA! TELEMOVIE PENAKLUKAN SYAITAN 19 OKTOBER 2019 9 MALAM DI ASTRO CITRA 131 DAN CITRA HD Arahan @michaelang38 Dibintangi oleh @mawarashid @benamirr @nadyasyahera @sharifahshahora @alipblastoff @norliaghani #PenaklukanSyaitan #citraexclusive #astrocitra

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Hantu ni buat stunt spiderman pulak. Tanjat CikBam! Telemovie Penaklukan Syaitan 19 Oktober 2019 9 Malam di Astro Citra 131 dan CitraHD 126 Arahan @michaelang38 Dibintangi oleh @mawarashid @benamirr @nadyasyahera @sharifahshahora @alipblastoff @norliaghani #PenaklukanSyaitan #citraexclusive #astrocitra

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Tak tahu la berani ke tak nak tido sekarang ni. Dah bukan Sweet Dreams dah ni. Ni nightmare! Telemovie Penaklukan Syaitan 19 Oktober 2019 9 Malam di Astro Citra 131 dan CitraHD 126 Arahan @michaelang38 Dibintangi oleh @mawarashid @benamirr @nadyasyahera @sharifahshahora @alipblastoff @norliaghani #PenaklukanSyaitan #citraexclusive #astrocitra

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on



"Memang saya nak buat cerita mengenai santau. Apa yang saya ceritakan dalam naskhah ini merupakan serpihan pengalaman orang sekeliling yang saya dengar, tetapi ia hanya rekaan semata-mata.

"Mereka bercerita kepada saya mengenai perkara terbabit... Mereka rasa seperti mulut kena tutup, tangan gatal-gatal dan sebagainya," katanya.

Tambah Michael, dia sendiri pernah melalui kejadian 'misteri' yang menyebabkan tangannya mengalami gatal-gatal.

"Saya sendiri pernah melaluinya. Lebih kurang tiga, empat tahun lepas. Ketika itu, saya tak tahu yang saya kena 'benda' tu.

"Tangan saya naik gatal-gatal, lebih kurang pada jam 2 pagi, naik biji-biji. Sebelum azan subuh, biji-biji itu hilang. Ia seperti ruam. Selama sebulan, hampir setiap hari," kata Michael.

"Saya pergi berjumpa doktor dua tiga kali, mereka mengesahkan tiada apa-apa. Selepas itu saya mula rasa penat kerana saya tak boleh tidur.

"Ada yang datang menyarankan saya berjumpa orang yang sepatutnya. Selepas itu, semuanya kembali baik seperti sediakala," ceritanya lagi.

Jangan lupa saksikan telefilem Penaklukan Syaitan di slot Citra Exclusive yang bakal bersiaran hari ini, (19 Oktober), pada jam 9 malam di Astro Citra (131) dan Citra HD (126)!

Mawar nak buat preview telemovie PENAKLUKAN SETAN ni on the 18th OCTOBER 9pm. Satu hari sebelum cerita ni on air di TV. Nak tak tengok movie ngan Mawar? Nak ticket free tak? Kalau nak comment la nakkk nakkkk ? @astrogempak • Arahan @michaelang38

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

PENAKLUKAN SETAN ? Lakonan pertama Mawar selepas bergelar ibu. Coming soon.... • Sape tak sabar nak tengok? #hantuseram @mawarians_official • Arahan: @michaelang38 Barisan pelakon @benamirr @sharifahshahora @alipblastoff @norliaghani @nadyasyahera @zizizulkifli MUA @sherryalauddin and kak baru tu*lupa nama ? Special effect MUA @nissakhanmakeup & the team Wardrobe @abushaefhamza and Amin! Camera man @zulazri.osman & ayah Terima kasih kepada team yang menjayakan telemovie ni, tahniah semua ❤️

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on