Penyanyi dan usahawan Linda Rafar mendedahkan keadaan dirinya yang sedang menanggung kesakitan akibat terkena sihir daripada individu yang dikenali.

Kata Linda, dia akan berasa sangat gatal dan badannya akan dinaiki bintik-bintik merah.

"Saya sebenarnya tengah sakit. Tanya ustaz dia cakap ada sihir yang dihantar menerusi angin.

"Sebelum tu saya ada juga pergi jumpa doktor tapi doktor cakap saya tak sakit. Makan ubat pun tak ada kesan.

"Bila sampai waktu maghrib saja badan akan jadi merah-merah. Dah hampir sebulan saya tanggung rasa gatal sangat.

"Kalau saya tanggalkan solekan ini orang akan nampak perbezaan. Muka saya cengkung ja..

"Berat badan saya turun banyak. Dia bukan kurus tapi kecut macam makan diri. Suami saya perasan dengan keadaan diri saya.

"Ustaz cakap individu yang hantar itu adalah rakan seperjuangan. Saya macam ada syak la seseorang ni..

"Saya belum berubat lagi. Buat masa sekarang saya lawan balik, banyakkan dengar ayat suci Al-Quran. Kita tak boleh duduk diam," katanya kepada Gempak.



Linda ditemui ketika majlis pelancaran koleksi tudung jenama sendiri, LR Hijab yang diadakan di Putrajaya Marriott Hotel semalam.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Syed Aiman turut meluahkan ketidakpuasan hati terhadap individu yang menyimpan perasaan tidak senang hati kepadanya.

"Kenapa mesti ada perasaan tak puas hati dengan orang lain sehinggakan tergamak berkelakuan sebegitu?

"Saya nak kikis perangai keji tu tapi orang lain ada je masih buat.

"Sepatutnya kita kena lebih bersikap positif. Itu kan yang terbaik," katanya lagi.