Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Bila Saya Berhijab, Banyak Kata-Kata Negatif Dilemparkan” - 24 Tahun Berhijrah, Ogy Ahmad Daud Syukur Hati Tidak Berbolak-Balik

Mya Amri 17/12/2024 | 04:55 MYT
Pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud bersyukur kerana hatinya tidak mempunyai perasaan berbolak-balik dan masih kekal istiqomah selepas 24 tahun mengenakan hijab.

Buat keputusan berhijab depan Kaabah Mengimbas kembali detik berhijab, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy membuat keputusan tersebut di depan pintu Kaabah pada akhir bulan ramadan tahun 2000.

“Alhamdulillah tidak ada perasaan berbolak balik. Saya mendapat benda itu di depan pintu Kaabah, pada akhir bulan ramadan selepas saya sudah melakukan qiamulai dan saya tawaf.

“Sebelum nak pulang ke hotel tawaf sunat, sebelum nak ke hotel bersiap sedia untuk sahur. Disaat itulah syaa mendapat sesuatu tentang berhijab dan saya menyebut ya, saya lakukan.
“Bila saya mengatakan kata-kata tersebut saya mendapat perasaan ibarat saya dilahirkan semula di saat itu,” katanya.
Ogy berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Sayangi Al-Quran : Mencintai dan Menyebarkan Cahaya Al-Quran ke Seluruh Alam di Hotel Grand Barakah, Ampang, pada Isnin.

Terima kecaman ramai persoal keputusan berhijab Bagaimanapun kata Ogy, dia turut berdepan dengan dugaan selepas kembalinya ke tanah air kerana ramai yang seolah-olah memperlekehkan keputusan berhijab itu.

“Saya tidak faham apabila saya pulang kenapa kekecohan berlaku apabila saya berhijab kerana ramai yang mempersoalkan saya.

“Sampai saya terfikir adakah saya jahat sangat? Saya tak pernah buat benda mengarut. Itu amat memeranjatkan saya.
“Bila Allah izinkan saya berhijrah, banyak kata-kata negatif yang dilemparkan kepada saya. Tetapi mungkin kerana saya berpegang kepada satu, ‘saya pelik kenapa manusia menghina saya sedangkan Allah yang mencipta saya tidak langsung menghina saya’.
“Jadi itulah pegangan saya, semoga kekal hingga ke akhir nafas saya, nyawa saya. Jangan memutuskan tali Allah.
“Bohong kalau tak ada rasa sedih tetapi saya adalah manusia yang tidak suka overthinking tentang kehidupan.
“Saya belajar mengenainya selepas apa yang saya lalui. Kenapa nak pening pening mengenai kehidupan.
“Anda anda hanya boleh merancang, jika Allah tak izinkan maka tidak akan menjadi. Jika anda memang tak mampu, berserah sahaja pada Allah kerana Dia akan memberikan jawapan.
“Allah jawab doakan kamu, Dia tahu masa yang tepat, cara yang terbaik. Jadi saya sudah melalui fasa itu,” jelasnya.
#Ogy Ahmad Daud #Hijab #Fauziah Ahmad Daud #Ogy #Istiqamah
;