Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bila Saya Berlatih Menyanyi, Saya Dengar Ada Suara Menyahut...”- Fieya Julia Dedah Terkena Gangguan Ketika Di Big Stage 2019

Syafiqah Jalal
30/09/2019 07:19 MYT
Penyanyi Fieya Julia mendedahkan dia mengalami gangguan misteri ketika berada dalam Big Stage 2019.

Menurut Fieya hampir setiap minggu dia alami ‘gangguan’ dan jatuh sakit sehingga menyebabkan persembahannya terjejas.

“Saya akui saya sering sakit seperti demam dan sakit tekak hampir setiap minggu di Big Stage.

“Namun itu mungkin kerana saya tidak cukup rehat dengan jadual dan latihan yang padat.

“Bagaimanapun saya pernah diganggu juga ketika berlatih menyanyi, tiba-tiba saya dengar ada suara lain menyahut. Saya pun terkejut,” katanya kepada Gempak.

Fieya ditemui selepas Konsert Separuh Akhir Big Stage 2019 yang menyaksikannya dan Kucaimars tersingkir.

Bagaimanapun, Fieya berdoa agar dijauhkan dari perkara-perkara syirik.

“Saya tak pasti gangguan apakah itu. Cuma saya mintak dijauhkan dari perkara-perkara syirik kerana saya tak percaya dengan semua benda ini.

“Saya ni seorang yang lemah semangat, jadi apa yang berlaku itu mungkin perasaan saya sahaja. Sebab bila ada sahaja mengganggu saya terus ‘tegur’,” katanya lagi.

Lima finalis yang akan berentap di Pentas Akhir Big Stage 2019 adalah Neeta, Han Byul, Irfan Haris, Adzrin dan Dinda Permata.

Big Stage 2019 minggu ini menampilkan Tam Spider sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
#Big Stage 2019 #Fieya Julia #Gangguan
;