Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Bila Saya Mengajar Saya Akan Pastikan...”- Bawa ‘Bear’ Dalam Kelas, Cara Fitri Haris Sebagai Pensyarah

Syafiqah Jalal
24/02/2020 05:59 MYT
Sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Fitri Haris yang juga seorang penyanyi mendedahkan mempunyai cara tersendiri untuk mengajar pelajarnya.

Juara Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) itu berkata dia akan menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut keadaan pelajar dan suasana.

“Pensyarah bawa bear dalam kelas ! Ada berani?

“Dalam pembelajaran mengikut kaedah dan pemantauan prospek atau pelajar perlu disesuaikan mengikut subjek dan suasana.

“Bila saya mengajar, saya akan pastikan pelajar faham dengan mudah. Alat bantuan mengajar teori (slide show) saya elakkan terlalu banyak dan hanya akan ditunjukkan pada akhir kelas dan tanpa mereka sedar, dalam sesi perkongsian dan aktiviti telah meliputi semua di slide pengajaran.

“Saya masih belajar dan kebahagian seorang tenaga pengajar bila pelajar mereka faham. Jom masuk kelas saya jom,” tulinsya.

Fitri yang juga ahli kumpulan UNIC itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video sedang menggendong anak patung beruang yang besar sambil dibawa ke dalam kelas.

Entri tersebut mendapt perhatian pengikutnya yang rata-raya tertarik serta mendapat inspirasi dari perkongsian berkenaan.

Pensyarah bawak bear ? dalam kelas ! Ada berani? ? Pelangi dan pelanga perform ! ? Dalam pembelajaran mengikut kaedah dan pemantauan prospek atau student perlu di sesuaikan mengikut subjek dan suasana. Bila saya mengajar, saya akan pastikan student saya faham dengan mudah. Alat bantuan mengajar teori (slide show) saya elakkan terlalu banyak dan hanya akan di tunjukjan pada akhir kelas dan tanpa mereka sedar, dalam sesi perkongsian dan aktiviti telah meliputi semua di slide pengajaran. Bukan mudab tetapi ini adalah inspirasi dari Prof Van der berg semasa saya buat International Master in SME’s dulu.. saya masih belajar dan kebahagian seorang tenaga oengajar bila student mereka faham .. jom singgah @scimpauum .. jom masuk kelas saya jom ?? Bismillah.. miga Ada manfaat

A post shared by Dr. Fitri Haris (Ph.D) (@fitriharisofficial) on

#Penyanyi #Penyanyi #Pensyarah #Fitri Haris #Pelajar #Bear