"Bila Saya Tahu Apa Akibat Disebalik Yang Dia Buat..."- Minta Bertaubat, Farid Kamil Dakwa Diana Ditimpa Laknat
Syafiqah Jalal
11/04/2023 23:01 MYT
11/04/2023 23:01 MYT
"Bila Saya Tahu Apa Akibat Disebalik Yang Dia Buat..."- Minta Bertaubat, Farid Kamil Dakwa Diana Ditimpa Laknat
Pelakon Farid Kamil meminta agar isterinya, Diana Danielle, 32, segera bertaubat sebelum terlambat.
Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, berkata, dia sebagai suami kepada aktres itu takut andai Diana ditimpa laknat akibat perbuatannya.
"Bertaubatlah sebelum terlambat. Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia buat, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh ampunkan.
"Sebagai manusia, saya akan maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan merupakan ibu kepada dua anak saya," katanya dalam keadaan sebak kepada Astro Gempak semalam.
Farid hadir bagi prosiding sulh berhubung krisis rumah tangganya dengan isteri Diana Danielle di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Bagaimanapun, isterinya yang cukup dikenali menerusi filem Imaginur itu tidak menghadirikan diri atas alasan belum bersedia untuk bertentang mata dengan Farid.
Farid yang ditemani peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata lagi, dia akan tetap berusaha menyelamatkan rumah tangganya.
"Saya tetap mahu selamatkan rumah tangga ini. Saya memang sayangkan Diana dan anak-anak," katanya lagi.
Ditanya tentang isu Diana mempunyai orang ketiga Farid berkata, perihal terbabit biarlah mahkamah menentukan kesahihannya.
"Semua benda itu akan ditentukan oleh mahkamah sebab saya hanya manusia biasa. Saya hanya bertindak sebagai suami yang cuma menuntut apa hukum hakamnnya," ujarnya