Laman Utama

Bila Selebriti Melatah Berlakon Satu Filem, Kampung Latah Kena Kuarantin Lucu Sangat!

gempak
Mya Amri
08/09/2021
12:15 MYT
Sponsor Banner
Bila Selebriti Melatah Berlakon Satu Filem, Kampung Latah Kena Kuarantin Lucu Sangat!
Boleh tak bayangkan apa jadi apabila satu-satunya kampung dalam dunia dipenuhi dengan penduduk yang ‘melatah’ seperti filem terbaharu Astro Shaw, Kampung Latah Kena Kuarantin ni.
Sudah pastilah suasananya gamat! Apatah lagi bila Kampung Latah Kena Kuarantin ini turut menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan serta adat resam dan budaya melayu yang masih kekal diwarisi.
Filem terbitan produksi MEGAPINE (M) ini menyaksikan filem tempatan pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita dengan menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah spontannya.
Antara pelakon utama yang terkenal dengan latahnya adalah adalah Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah.
Selain itu, pelakon lain yang terlibat pula ialah Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad.
Menariknya lagi, filem ini diperhebatkan dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (TokKetua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (PegawaiPerubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab).
Menurut Penerbit Kampung Latah Kena Kuarantin dan wakil MEGAPINE (M), Hazil Izham Ismail berkata idea terhasil apabila menyedari aksi melatah amat dekat dengan masyarakat Malaysia.
“Sebagai penerbit, kami sentiasa komited dalam mempersembahkan konten yang berkualiti dan lebih utama menawarkan naratif berbeza bagi menepati cita rasa penonton.
“Idea menghasilkan Kampung Latah Kena Kuarantin ini hadir apabila menyedari aksi melatah amat dekat dengan masyarakat Malaysia.
“Malah aksi tersebut banyak menarik perhatian umum sehingga mewujudkan kelompok peminat tersendiri. Kami harap jalan cerita yang santai dan digabungkan dengan suasana gamat oleh barisan pelakon, mampu menghiburkan penonton seisi keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, selain menawarkan jalan cerita segar, filem ini juga turut memaparkan nilai budaya dan adat.
“Astro rasa berbesar hati apabila terus diberi kepercayaan daripada penerbit-penerbit tempatan untuk mempersembahkan filem di platform Astro First.
“Filem Kampung Latah Kena Kuarantin menawarkan jalan cerita segar dan padat dengan babak komedi. Bukan itu sahaja, filem ini turut memaparkan nilai budaya dan adat resam masyarakat melayu, seperti contoh berpantun, meminang, muzik, kepercayaan dan banyak lagi.
“Ini sedikit sebanyak mampu mengajak penonton untuk sentiasa menghargai dan berbangga dengan budaya kita.
“Jika sebelum ini gelagat latah banyak diketengahkan menerusi program-program televisyen popular seperti Punchline DAC, Opocot Melatah dan beberapa drama komedi, namum kali ini penonton dapat menyaksikan pula celoteh mencuit hati tersebut menerusi filem di platform Astro First.
“Ini merupakan salah satu usaha Astro dalam menyediakan variasi kandungan kepada penontonnya. Kami harap kehadiran filem ini mampu menyajikan penonton dengan pengisian menarik dan dapat membawa keluar seketika daripada tekanan dengan bergelak tawa menerusi hiburannya,” ujarnya.
Jadi jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin bermula 9 September di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).
Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand mulai 9 September juga.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.
Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).
Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha).
Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.
Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati.
Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan.
Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian.
Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live