,
Laman Utama

"Bila Semua Dah Terbalik..."- Ganti Balik Pakej Umrah RM44,000, Farid Kamil Dakwa Sepatutnya Ia Hadiah Dari Diana Bukan Hutang

Syafiqah Jalal
12/04/2023
01:37 MYT
Pelakon, Farid Kamil menjelaskan sebenarnya pakej umrah yang diungkit oleh isterinya Diana Danielle sebelum ini adalah hadiah yang diberikan kepadanya.
Farid yang ditemui Gempak tidak menyangka ia telah bertukar menjadi hutang.
“Apabila semuanya sudah jadi terbalik pada tuntutan cerai, hadiah itu sudah bertukar menjadi hutang. Saya mengambil apa yang diluahkannya di Instagram Story tempoh hari dan saya anggap, ini adalah apa yang diingin kan.
“Alhamdulillah, saya dan pasukan dapat tunaikan permintaan Diana itu,” katanya kepada Astro Gempak.
Farid kemudian membayar kembali pakej umrah itu sekali gus di dalam tawaran pendamaian yang diberikan iaitu sebanyak RM44,000 dari jumpa tawarannya sebanyak RM319,700.
Ditanya mengenai rentetan isu pakej umrah itu, Farid menjelaskan bahawa dia menyimpan impian untuk membawa isterinya itu menunaikan umrah, namun, berdepan dengan kekangan kewangan.
“Sebenarnya, dalam tahun ini, kali pertama saya dapat keluar negara dan saya memilih Makkah sebagai destinasi pertama saya. Saya ingin bawa Diana untuk menunaikan umrah.
“Tetapi, kebetulan, pada ketika itu, slot yang ada untuk ke Makkah adalah pada 23 Februari.
“Keinginan saya untuk membawa Diana ke Makkah itu memang sangat tinggi. Namun, ada sedikit kekangan buat saya,” katanya.
Disebabkan itu, Diana kemudiannya memudahkan urusan mereka sekeluarga dan menawarkan untuk menjadikan pakej umrah itu sebagai hadiah buat Farid.
“Kekangannya adalah, saya hanya boleh selesaikan bayaran untuk umrah itu, pada penghujung bulan.
“Jadi, Diana beritahu saya bahawa, tak mengapa sebab ini kali pertama kami dapat keluar negara bersama. Jadi, dia hadiahkan saya perjalanan (pakej) umrah itu,” katanya.
Terdahulu, Diana memuat naik hantaran di Instagram Story, mengenai Farid yang tidak membayar semula beberapa kos ketika menunaikan umrah selepas ditanggung oleh Diana.
“Perjalanan ke Makkah, saya bayar untuk semua empat beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik sebab dah biasa bila saya keluarga untuk apa-apa. Selagi tak ingatkan, dia pun takkan ingat nak ganti balik.
“Tapi, dia sendiri cakap, dia akan bayar semula kos tiket penerbangan dan hotel dia di Makkah,” tulisnya.
Diana bagaimanapun tidak hadir ke prosiding sulh yang berlangsung hari ini. Prosiding sulh kedua dijadualkan akan berlangsung pada 25 Mei 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Teruja Nak Sambut ‘Birthday’ Aurora, Farid Kamil Bawa Anak Ke Lokasi Romantik - “Dia Nak Hadiah Paling Mahal…”

gempak
20/11/2024
03:54 MYT
Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, bagaimanapun enggan berkongsi lokasi sambutan hari lahir anaknya.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Unitar