Pelakon Izara Aishah bengang dengan pemilihan pakaian yang disediakan oleh pihak produksi untuk penggambaran sebuah drama.

Menerusi laman Twitter miliknya, Izara memuat naik beberapa keping foto beserta luahan perasaan mengenai 'wardrobe' tersebut.

Menurut Izara, baju yang disediakan merepek sehinggakan dia tidak tahu karakter yang sedang dibawanya.

Izara juga menyatakan dia sudah menyuarakan mengenai ketidakpuasaan ini namun dilabel sebagai seorang diva.

"Merepek-repek style character saya dalam cerita ni. Baju tak kena tempat.

"Dah tak kuasa nak layan. Bila tegur kata diva.

"I don't know what character I'm carrying now. Dah lost," tulisnya.
Izara menegaskan ini bukan strategi pemasaran sebaliknya adalah kebenaran.

"This is not marketing strategy. I'm not cheap like that. This is real.

"Ada lagi orang buat kerja macam ni. Asal boleh.

"Bila marah kata kita artis yang cerewet dan susah nak bekerjasama. God help me," luah Izara.