,
Hiburan

“Bila Tukar Skincare, Kena Bagi Masa Sekurang-Kurangnya…”- Mimie Haris Kongsi Tip Penjagaan Kulit Muka

Syafiqah Jalal
26/08/2020
03:48 MYT
Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris berkongsi tip penjagaan wajahnya yang dilakukan untuk mendapatkan kulit yang sihat.
Menurut Mimie, apa yang penting perlu memahami keadaan kulit wajah sebelum memilih produk kecantikan.
“Ramai tanya saya punya rutin penjagaan kulit dan sebagainya. Biar saya beritahu kamu apa yang penting adalah perlu rajin, konsisten dan cari produk yang sesuai dengan kulit anda sampai jumpa.
“Skincare saya semua dari berbeza jenama selagi kamu dah faham jenis kulit.
“Sesetengah produk mungkin bagus untuk anda tetapi tidak bagi saya. Jadi perlu sentiasa mencuba,” katanya.
Mimie berkongsi rutin penjagaan kulitnya di akaun Instagram miliknya.
Malah Mimie sempat berkongsi tip bagaimana hendak mengetahui sesetengah produk itu sesuai dengan kulit wajah.
“Biasanya bila kita tukar skincare kamu kena bagi sekurang-kurangnya seminggu untuk yakinkan produk itu sesuai atau tidak. Sebab kadang kala breakout skin berlaku bila skin keluarkan kekotoran lama yang terperangkap dalam kulit anda.
“Jadi kena sabar. Saya tak pakar tapi hanya berkongsi pengalaman,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata gembira dengan perkongsian tersebut.
Mimie kini isteri kepada seorang juruterbang, Amir. Pasangan ini bernikah pada 3 Februari lalu.

No filter needed! - Ramai tanya my skincare routine etc lemme tell you what most important is , uall kena rajin , consistent & cari product yang sesuai for ur skin cari sampai dapat ! Skincares i semua from different brand as long as u dah faham ur skin type ~ maybe some good for me but not good for u .. u have to try an error .. basically bila kita tukar skincare u kena bagi for at least a week beofre u yakin that product tak sesuai . Sebab sometime breakout skin happend bila ur skin keluarkan kekotoran lama yang terperangkap in your skin .. so kena sabar ?. Im not an expert im just sharing .. . . Skin w no makeup except lip serum , eyebrow and mascara ouh n a lil wing liners there -

A post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#FinancialFaiz: Dah Sedia Nak Miliki Teratak Indah? Ikuti 4 Tip Mudah Sebelum Anda Beli Rumah

gempak
05/10/2024
06:55 MYT
Untuk memastikan pembelian rumah anda berjalan lancar dan bijak, terdapat beberapa tip penting yang perlu diambil kira.
Hiburan

Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”

gempak
05/10/2024
04:02 MYT
Penyanyi Zynakal menyatakan dirinya tidak terasa hati apabila wajahnya sering menjadi bahan kutukan segelintir pihak.
Hiburan

Wajah Disunting Guna AI Untuk Promosi Judi, Ini Respons Zizan Razak - “Kenapa Orang Tu Pilih Muka Saya..”

gempak
28/08/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengesahkan video tular yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara dan wajahnya untuk mempromosikan perjudian dalam talian tersebut adalah palsu.
Viral

Mahu Cegah Penuaan, Influencer Guna Najis Jadi Mask Muka

gempak
20/08/2024
15:25 MYT
Seorang pesohor media sosial di Brazil mengundang kecaman orang ramai yang memintanya mendapatkan rawatan selepas dia memuat naik klip video menggunakan najis sebagai topeng muka.
Berita

Lelaki Buta Mata Selepas Tampar Lalat Hinggap Di Muka

gempak
27/07/2024
07:50 MYT
Seorang lelaki di China telah buta sebelah mata selepas menampar seekor lalat dikenali sebagai dry fly yang hinggap di mukanya baru-baru ini, lapor South China Morning Post.
Unitar