gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
HIBURAN
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bilal Indrajaya Tarikan Utama Fasa Pertama Panggung Purnama Di Zepp KL, 28 September Ini! - "Kami Percaya Magnet Bilal Buat Peminat Candu"

Amri Hassan
Amri Hassan
25/06/2025
16:21 MYT
Sponsor Banner
Bilal Indrajaya Tarikan Utama Fasa Pertama Panggung Purnama Di Zepp KL, 28 September Ini! - "Kami Percaya Magnet Bilal Buat Peminat Candu"
Festival muzik berkonsepkan suara Nusantara, Panggung Purnama, membuka tirai fasa pertamanya dengan pengumuman penyanyi terkenal Indonesia, Bilal Indrajaya, dipilih sebagai artis utama yang akan menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 28 September 2025.
Dianjurkan oleh UdaraLaskhar, festival ini dijangka menjadi medan selebrasi untuk muzik alternatif serantau, menampilkan artis-artis pilihan yang diyakini mampu mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan peminat muzik Malaysia.
View this post on Instagram
A post shared by Panggung Purnama (@panggungpurnama)
Menurut wakil penganjur, John Labu, pemilihan Bilal sebagai pembuka tirai konsert adalah simbolik kepada konsep artistik yang telah dirancang sejak sekian lama.
“Kami di UdaraLaskhar begitu teruja membawa Bilal Indrajaya sebagai penghibur Panggung Purnama pada 28 September di Zepp Kuala Lumpur.
"Kami percaya kepada magnet Bilal daripada penampilan sehingga karya yang telah membuat ramai peminat kecanduan serta terus ingin menikmati lagu-lagu beliau secara langsung.
"Dan kami realisasikan mimpi serta permintaan peminat menerusi penampilan sulung Bilal dalam Panggung Purnama pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur nanti,” katanya.
Bilal yang mula mencuri perhatian dengan lagu Biar pada tahun 2018 bukanlah nama asing bagi peminat muzik indie.
Pernah tampil di pelbagai festival terkemuka termasuk BNI Java Jazz Festival 2024, penyanyi kelahiran Jakarta itu turut dikenali di Malaysia menerusi kolaborasinya bersama Noh Salleh menerusi lagu Niscaya, selain Ruang Kecil dan Yang Tercinta bersama kumpulan Romantic Echoes yang kini menjadi siulan ramai.
“Bilal seperti ‘bulan’ yang terang dan memberi sinar dari atas panggung menerusi karya-karyanya kepada peminat. Malah Bilal sebenarnya sangat dekat dengan peminat di Malaysia terutama menerusi kolaborasi bersama Noh Salleh dengan Niscaya.
"Ada juga lagu Ruang Kecil dan Yang Tercinta bersama Romantic Echoes yang sudah menjadi ‘siulan’ peminat,” ujar John secara metafora.
Bilal yang kini berusia 29 tahun turut menyifatkan Panggung Purnama sebagai festival peribadi yang istimewa untuk dirinya dan peminat yang sentiasa menyokong perjalanannya sebagai karyawan seni. Penganjur turut memaklumkan bahawa pengumuman artis untuk fasa kedua dan fasa finale akan dibuat tidak lama lagi, dan peminat digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini menerusi laman sosial rasmi Panggung Purnama.
Tiket konsert kini telah mula dijual menerusi laman rasmi www.ilassotickets.com dengan lima kategori berbeza iaitu Bintang (RM179), Langit (RM199), Bumi (RM239), Awan (RM249) dan Purnama (RM399).
Menurut kenyataan rasmi penganjur, “Melepaskan peluang membeli tiket Panggung Purnama seperti menolak lamaran ‘cinta’ Bilal Indrajaya yang penuh karisma.”
Tiket boleh didapati di www.ilassotickets.com.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Indonesia
#Zepp KL
#Bilal Indrajaya
#Panggung Purnama
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement