Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Billboard Terbakar, 9 Pekerja Warga Asing Berjaya Diselamatkan

Firdaus
31/05/2024 08:00 MYT
Sembilan pekerja asing berjaya diselamatkan apabila papan iklan gergasi terbakar di Lebuhraya Persekutuan.

Menurut sumber, kebakaran itu berlaku berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada Jumaat.

Kebakaran Akibat Litar Pintas?

Salah seorang daripada sembilan mangsa mendakwa bahawa insiden itu berlaku kerana litar pintas sebelum api merebak kebahagian atas.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Mangsa Alami Cedera Ringan

Sumber juga menyatakan seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan manakala seorang lagi melecur ringan.

Pasukan paramedik turut dapat dilihat berada di lokasi kejadian untuk membantu mangsa manakala pihak bomba cuba memadamkan kebakaran.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila video yang memperlihatkan pekerja asing terperangkap di atas billboard yang sedang terbakar tular.

Sumber: The Star

#Viral #Kemalangan #Berita #Kebakaran #Warga Asing #Lebuhraya Persekutuan
;