Pelakon popular Indonesia, Luna Maya telah menjalani ujian saringan COVID-19.

Memetik laporan Tribunnews, Luna melakukan pemeriksaan itu kerana bimbang dirinya menjadi pembawa jangkitan wabak tersebut tanpa mengalami sebarang gejala.

Tambahan lagi, Luna ada bercuti ke Brazil sebelum masyarakat dunia berhadapan detik sukar akibat penularan COVID-19.

"Saya ada pergi bercuti sebelum kita semua duduk di rumah seperti sekarang.

"Jadi, saya bimbang jika saya menjadi pembawa virus COVID-19 meskipun tidak mengalami sebarang gejala," kata Luna.

Dalam pada itu, Luna bersyukur kerana ujian saringan itu menunjukkan keputusan negatif.

"Alhamdulillah, ternyata hasil ujian itu adalah negatif," ujarnya.

Apapun, pastikan anda selalu membasuh tangn dengan sabun selama 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber : tribunnews.com