Bimbang Jika Mask Dibeli Ada Cacing Halus, Kakak Ini Sangup Rebus Sehingga...
Ketika dunia berdepan dengan pandemik ini, pastinya barangan yang paling laris adalah pelitup muka atau face mask.
Penggunaan face mask sangat penting, malah wajib digunakan jika keluar ke sesuatu tempat;
Namun, perkongsian beberapa individu di Facebook baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
Menurut sebuah posting, terdapat cacing halus di dalam fabrik pelitup muka yang diimport daripada luar negara.
Apabila diwapkan dalam masa beberapa saat, terdapat organisma berupa ulat atau cacing putih yang halus keluar daripada mask itu.
Sehubungan itu, posting berkenaan telah menimbulkan rasa resah dalam kalangan netizen.
Malah, menerusi sebuah komuniti Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’, seorang wanita turut berkongsi kerisauannya berhubung hal itu hingga sanggup merebus face mask berkenaan.
“Sejak viral cacing halus ni, was-was nak pakai. Akhirnya akak masak je sebelum guna,” katanya.
Tindakan wanita itu kemudian menjadi usikan netizen apabila ada yang mengkritik secara halus.
“Taknak tambah asam keping ke akak”
“Nanti masa jemur lekat pula habuk, masak sekali lagi”
“Macam-macam hal, bertindak luar kotak jadi pelik-pelik,” tulis beberapa netizen.