Hiburan

Bimbang Kelakuan Sajat Di Tanah Suci Jejas Hubungan Baik Malaysia, Arab Saudi

gempak
Fiza Kamarudin
03/02/2020
22:36 MYT
Sponsor Banner
Bimbang Kelakuan Sajat Di Tanah Suci Jejas Hubungan Baik Malaysia, Arab Saudi
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) berharap pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja mencemarkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, kelakuan usahawan kosmetik, Nur Sajat memakai pakaian wanita ketika mengerjakan umrah dibimbangi akan menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi.
Katanya, persatuan bimbang sekiranya Arab Saudi menarik balik keistimewaan penggunaan Visa Pelancongan yang telah diberikan kepada jemaah Malaysia baru-baru ini.
Jelasnya, kerajaan Arab Saudi mengenakan undang-undang yang tegas dan melarang golongan transgender daripada menunaikan ibadah haji dan umrah yang mana hanya jemaah lelaki dan wanita sahaja yang diberi kebenaran untuk menunaikan ibadah berkenaan mengikut maklumat jantina seperti yang tertera pada pasport dan borang permohonan visa mereka.
“Kekhuatiran kami bersandarkan laporan media terhadap jemaah transgender dari Pakistan yang dihukum pada 2017.
“Insiden tersebut membuatkan banyak badan bukan kerajaan (NGO) di Pakistan tidak berpuas hati sehingga menjadikan hubungan di antara kedua-dua negara tegang.
Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menimbulkan kontroversi terbaharu apabila memuat naik video dan gambar di tanah suci Mekah selepas mengerjakan umrah sambil memakai telekung.
Sumber: MalaysiaGazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live