Hiburan

Bimbang Kesihatan Fazura & Bayi, Fattah Amin Elak Bergaul Dengan...

gempak
Zulaikha Yusof
28/07/2020
03:10 MYT
Sponsor Banner
Bimbang Kesihatan Fazura & Bayi, Fattah Amin Elak Bergaul Dengan...
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin, 30, akui risau dengan risiko dijangkiti Covid-19 selepas terpaksa kembali ke set penggambaran.
Kata Fattah, dia tak boleh lalai dengan Tatacara Operasi Standard (SOP) kerana dalam masa sama perlu menjaga isterinya, Fazura yang sedang hamil.
"Memang saya risau dengan Fazura sedang hamil anak pertama kami. Tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada.
"Selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, insya-Allah semuanya selamat," katanya kepada Gempak.
Fattah memberitahu perkara itu ketika sesi Pink Smile bersama media yang turut disertai barisan pelakon utama iaitu Sweet Qismina dan pengarah drama tersebut, Ayie Mustafa.
Tambah pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin dia memilih untuk tidak bergaul dengan orang ramai sekiranya tidak memerlukan.
"Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP. Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.
"Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah. Apa-apa pun kena pandai jaga diri. Insya-Allah tak ada apa-apa," katanya lagi.
Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017. Pasangan ini dijangka akan menerima cahaya mata pada Oktober depan.
Terbaru, Fattah bakal muncul dalam drama Pink Smile yang bakal ditayangkan mulai 31 Julai ini bersama Sweet, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live