Hiburan
Bingung! Order Botol Air Tapi Yang Sampai 4 Pasang Baju Raya...Siapa Punya Ni?
Lain yang dibeli lain pula yang dapat.
Itulah yang terjadi kepada seorang gadis apabila menerima baju raya walaupun barangan yang dibeli hanyalah botol air.
Bukan satu bukan dua tapi empat pasang baju raya!
Namun, apa yang menjadi kebimbangan gadis tersebut bukanlah bukanlah botol air yang dipesannya semata-mata, namun nasib keluarga yang membeli baju raya berkenaan.
Menurut gadis yang hanya mahu dikenali sebagi Mastura, dia pada awalnya membeli botol air pada 13 Mei dan pada 20 Mei dia telah menerima bungkusan berisi baju raya sebanyak empat pasang.
"Waktu tu saya langsung tak ada clue untuk cari info pembeli tu. Jadi saya muat naik di Twitter dan Alhamdullah ia viral dan saya dapat hubungi penjual baju tersebut," katanya.
Menurutnya, tambah melegakan pemilik baju raya berkenaan juga tinggal berdekatan dengannya walaupun jarak antara mereka lebih kurang jam.
"Rupanya dia duduk di Kelantan juga, tapi dua jam juga la dari rumah saya. Kalau satu negeri, boleh la juga nak ambil.
"Kita lihat macam mana, ada la tu rezeki keluarga tu nak beraya pakai baju baju.
"Cuma saya harap juga botol air ditemui juga sebab sampai sekarang saya tak tahu dekat mana," katanya kepada Gempak.
Anda boleh lihat posting asal Mastura di bawah.
TOLONG VIRALKAN SAMPAI JUMPA PEMILIK BAJU RAYA NISy beli botol air Eplas di Shopee 13/5 n 20/5 parcel smpai guna POS LAJUTp parcel yg smpai 4 pasang baju raya 1 familyTiada clue untuk traceTolong viral supaya owner baju raya dpt beraya dgn baju raya bukan botol air sy? pic.twitter.com/9z9nr4huyd— Uya Shop (@masturahAR) May 20, 2020
Must-Watch Video