Selepas Bella Astilah mendedahkan kecurangan suaminya semalam, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz diserang teruk oleh netizen di laman sosial

Paling ketara, di akaun Instagram (IG) Aliff telah dihujani pelbagai komen netizen yang melepaskan geram kerana sikap curangnya.

Rata-rata menyalahkan Aliff yang tidak pandai menghargai isteri meskipun peluang kali kedua diberikan.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar Aliff melepaskan Bella kerana beranggapan wanita itu layak untuk seorang lelaki yang setia dan baik.



Aliff bagaimanapun terus mendiamksn diri dan dalam masa tidak menutup ruangan komen di IGnya.

Terdahulu, nama Aliff menjadi panas selepas Bella memuat naik bukti yang mendakwa suaminya curang dengan pelakon Oktovia Manrose apabila ke kelab malam bersama.

Selain Oktovia, Aliff sebelum ini pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.