Viral
"Bini Saya Pregnant" - Anak Hadiah Hari Jadi Ke-30 Dr. Say, Ini 5 Rahsianya!
Selepas membuat pendedahan tentang masalah kesuburan yang dialami sejak mendirikan rumah tangga, doktor viral, Dr. Say Shazril akhirnya bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Tanpa dirancang, berita itu menjadi hadiah paling bermakna sempena hari jadinya ke-30 tahun hari ini.
"Alhamdulillah bini saya pregnant!
"Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraan saya bila urine pregnancy test bini positif dan bila pergi scan nampak seketul kantung comel yang memberi sejuta harapan kepada kami berdua.
"Berlinang air mata saya tengok Say Junior in the making," tulisnya berkongsi di Instagram.
Sebelum ini, Dr. Say tanpa segan mendedahkan dia berdepan masalah kesuburan dan sedang menjalani beberapa prosedur ujian makmal sejak tiga bulan lalu.
Selain itu, Dr. Say yang merupakan panel rancangan My Doctors itu turut berkongsi beberapa tips berguna amalan sampingan sepanjang menjalani rawatan kesuburan. Ini rahsianya!
1. "Saya talak satu air berkarbonat.
2. "Apabila duduk rumah saya go full orang asli (tiada pakaian dalam, maksimum pengudaraan)
3. "Saya amalkan pemakanan yang sihat.
4. "Saya intim bermadu dua dengan supplement kesuburan saya.
5. "Saya tetap bersama isyeri dan tetap berusaha (mostly sebab tak mahu perhabis duit untuk IVF)," katanya.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan rancangan My Doctors setiap hari Isnin pukul 11 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).