Isteri kepada pelakon Shah Iskandar meluahkan rasa gembira dengan proses kehamilan anak sulung yang dilaluinya kini.

Menurut isterinya, Siti Sarah Mohd. Noor, dia tidak mengalami sebarang alahan seperti yang lazimnya dirasai oleh wanita mengandung.

"Sayalah bakal ibu yang paling gembira! Alhamdulillah sangat-sangat selepas penantian empat tahun. Saya rasa bersyukur dengan kehamilan ini.

"Baby baik sangat-sangat. Langsung tak ada morning sickness, penat, tak ada nak lemau-lemau dan energetik sahaja buat kerja, memandu dan berjumpa dengan orang," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Bahkan, pengalaman tersebut secara tidak langsung menjadikan dirinya teruja untuk melalui sekali lagi proses kehamilan dalam jarak dekat.

"Kalau macam ni nak mengandung lagi selang dua tahun pun tak kisah! Kepada mereka yang belum ada rezeki, jangan stres sangat fikir kerana masanya akan tiba. Insya-Allah tuhan beri. Jangan lupa doa hari-hari okay," kongsinya.

Im the happiest mommy-to-be!! Alhamdulillah sgt2 after 4 years waiting, i feel so blessed with this pregnancy, my baby baik sgt2, lgsg xde morning sickness, penat, (loya time mkn byk sgt je ?), tak de nak lemau2 and energetic je buat kerja , drive n meeting people!! Kalau mcm ni nk preggy lg selang 2 years pn xkisah LOL! For those yg blm ada rezeki, jgn stress2 sgt fikir coz when time comes, inshaAllah Tuhan kasi..jgn lupe doa hri2 k!? . Btw, i just take Pramilet bli kt Watson RM 17, Obical yg gynae kasi & Salindah B1 RM 45 tahan berbulan2 throughout my pregnancy. Xmhl mne pun. Saja nk share kt sape2 yg baru preggy ke in case time preggy xde energy or loya teruk, myb can try these supplements ? . #preggymom #7monthspregnant #countingdays #jalanjalancarimakan #penangfoodie

A post shared by Sarah Norris (@imsarahnorris) on




Terdahulu, pelakon Shah Iskandar mengumumkan bahawa dia bakal bergelar bapa selepas penantian selama empat tahun menunggu berita kehamilan.

BACA: "Saya Jadi Terlebih Manja Dengan Isteri" - Shah Iskandar Teruja Nak Sambut Baby Oktober Depan

Shah Iskandar, 37, berkahwin dengan Siti Sarah, 34, pada 16 Januari 2016.

Saksikan drama lakonan Shah Iskandar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19