Kehangatan konsert Gegar Vaganza 2019 (GV2019) semakin membara apabila Sham Visa diumumkan sebagai pemenang anugerah Bintang CUCKOO Paling Gempak pada konsert keenam.



Pada konsert yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam itu, Sham membawa pulang HOB Induksi Hybrid CUCKOO Inductrio yang bernilai RM3,100.

Apa yang menarik dengan hadiah minggu ini?

Hob induksi hybrid ini direka dengan teknologi tinggi agar pengalaman memasak anda sentiasa lancar. Masaklah apa sahaja, pasti hasilnya cukup menyelerakan.

CUCKOO Inductrio merupakan hob induksi hybrid yang direka dengan teknologi Direct Touch Sensor dan High Heat Algorithm yang dipatenkan.



Lebih memberikan kuasa, ia membolehkan CUCKOO Inductrio memindahkan haba dengan sekata dan bertepatan pada kadar serta merta.

Tidak hanya itu, kini boleh memilih pelan yang berpatutan untuk memiliki Hob Induksi Hybrid CUCKOO Inductrio anda sendiri!

Dengan serendah RM110 sebulan selama 60 bulan, anda boleh memiliki peralatan canggih ini beserta casing yang tersedia. Yuran bulanan yang rendah atau tempoh bayaran yang pendek, pilihan di tangan anda.



KONSERTKOO #withCUCKOO

Berita baik untuk warga Malaysia yang sedang mencari aktiviti menarik hujung minggu ini, CUCKOO bakal meraikan ulang tahun kelima dengan acara konsert gilang-gemilang KONSERTKOO #withCUCKOO!



Anda akan dihiburkan dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza serta empat bintang Gegar Vaganza 2019 iaitu Wann, Sham Visa, Naqiu Boboy dan One Nation Emcees.

Lebih memukau, ada persembahan daripada Adira, Floor 88, Hael Husaini, Khai Bahar, Ziana Zain, Zizi Kirana, Nabil Ahmad, Hetty Sarlene, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Exists.

Masuk adalah percuma, jom ramai-ramai meriahkan Sunway Surf Beach, Sunway Lagoon untuk konsert terbesar CUCKOO akan berlangsung bermula pukul 8 malam.