Laman Utama

Bintang K Pop Didenda RM3.7 Juta Kerana Memiliki Ubat Penenang Propofol

gempak
Maliah Surip
01/07/2021
01:20 MYT
Sponsor Banner
Bintang K Pop Didenda RM3.7 Juta Kerana Memiliki Ubat Penenang Propofol
Salah seorang anggota kumpulan K Pop yang juga merupakan aktres dengan panggilan A didenda sebanyak RM3.7 juta selepas didapati memiliki ubat penenang Propofol secara haram.
Menurut laporan AllKPop, pihak polis telah melakukan siasatan dan datang ke kediaman A selepas mendapat aduan dirinya menggunakan ubat propofol secara haram.
Prorofol adalah jenis ubat suntikan yang hanya boleh dilakukan oleh para doktor di hospital sebelum melakukan pembedahan. Ia akan membuat seseorang berasa kurang sakit dan tenang.
Melalui penyiasatan, polis mendapati A bersalah menggunakan propofol sejak Julai sehingga Ogos 2019.
Laporan sama mengatakan A mendakwa dia menerima ubat tersebut kerana percaya ia sebagai salah satu prosuder medikal yang dilakukan dalam proses pembedahan plastik oleh pakar bernama B.
Bagaimanapun pihak polis menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan A telah menggunakan ubat tersebut secara haram dan tidak bersangkutan dengan sebarang prosuder pembedahan.
Namun, A hanya mengalami masalah insomnia dan depresi pada waktu tersebut.
Sementara itu, pakar B yang terlibat dalam kes sama menerima hukuman lebih berat apabila dimasukkan ke penjara selama satu tahun setengah kerana melepaskan propofol secara haram, malah A didapati turut menjual ubat yang mengandungi dadah iaitu Etomidate kepada klien.
Foto: AllKPop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024