Bintang Kilauan Emas 5, Hassan Idris Meninggal Dunia

Mya Amri
Februari 22, 2021 08:50 MYT
Bintang kelahiran program Kilauan Emas 5, Hassan Idris dilaporkan meninggal dunia.
Berita itu dikongsi menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi @mysalammuslim hari ini.
Menurut perkongsian itu, Allahyarham yang berasal dari Kuala Lumpur meninggal dunia di kediamannya pada usia 73 tahun.
“Innallillahiwainnallillhirojiun. Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Hassan Idris.
“Allahyarham Hassan Idris meninggal dunia pada usia 73 tahun di kediamannya. Allahyarham adalah salah seorang peserta Kilauan Emas 5.
“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah,” maklum hantaran berkenaan.
Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham.
#Meninggal Dunia #Hassan Idris #Kilauan Emas 5