SUKAN

Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin

Amri Hassan 03/07/2025 | 09:25 MYT
Bintang Liverpool, Diogo Jota meninggal dunia difahamkan terbabit dalam nahas jalan raya di Sepanyol.

Diogo, 28, dikutip dari Daily Mail, dilaporkan dalam perjalanan bersama adiknya yang merupakan pemain bola sepak Portugal, Andre, 26, yang turut meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Menurut laporan media, kenderaan yang dinaiki mendiang terbabas dan terbakar.



Sebelum meninggal dunia, Diogo baru saja melangsungkan pernikahan dua minggu lalu bersama rakan baiknya, Rute Cardoso.

Kematian Diogo disahkan oleh ketua Persekutuan Bola Sepak Portugal, Pedro Proenca.

"Persekutuan Bola Sepak Portual dan pemain bola sepak Portugal menzahirkan rasa sedih atas kehilangan Diogo Jota dan Andre Silva pada pagi ini.

"Diogo merupakan individu hebat, dihormati dan disegani oleh semua orang," maklum kenyataan itu.

Sumber: Daily Mail
#Kemalangan #Meninggal Dunia #Bola Sepak #Liverpool #Andre Silva #Diogo Jota #Striker