UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

Maliah Surip 03/02/2025 | 04:44 MYT
Khabar duka datang daripada industri hiburan Taiwan apabila salah seorang bintang legenda mereka, Barbie Hsu meninggal dunia.
Hsu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di usia 48 tahun, lapor focustaiwan.tw.
Menurut laporan sama, bintang yang cukup terkenal dengan lakonannya dalam Meteor Garden itu terlebih dahulu diserang influenza sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.
Difahamkan aktres itu dijangkiti influenza sewaktu bercuti di Jepun bersama keluarga.
“Kami telah ‘terbang’ ke Jepun dengan seluruh keluarga namun sayangnya insan yang amat kami sayangi, Barbie Hsu telah meninggal dunia kerana dijangkiti influenza yang menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru,” jelas kenyataan yang diberikan kakak kepada aktres tersebut menerusi agensinya.
Aktres tersebut meninggalkan suami yang merupakan seorang DJ dan penyanyi dari Korea Selatan, Koo Jun Yup dan anak berusia 10 serta 8 tahun hasil perkahwinan terdahulu bersama usahawan terkenal China, Wang Xiaofei.
#Meninggal Dunia #Barbie #48 tahun #hsu
;