Hollywood

Bintang Star Trek & Captain Marvel, Kenneth Mitchell Meninggal Dunia Derita ALS

gempak
Maliah Surip
26/02/2024
05:38 MYT
Sponsor Banner
Bintang Star Trek & Captain Marvel, Kenneth Mitchell Meninggal Dunia Derita ALS
Bintang Star Trek dan Marvel, Kenneth Mitchell meninggal dunia pada usia 49 tahun selepas ‘berperang’ dengan penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis atau ALS.
ALS juga dikenali sebagai Motor Neuron Disease (MND) merupakan sejenis penyakit neurologi membabitkan otot sehingga mengakibatkan kesukaran bercakap, menelan, dan akhirnya bernafas.
Mitchell diketahui menderita ALS sejak lima tahun lalu. Pihak keluarga mengesahkan penyakit tersebut akhirnya meragut nyawa bintang yang memainkan karakter Klingons Kol, Kol-Sha, dan Tenavik, serta Aurellio, on Star Trek: Discovery itu.
“Setelah lima tahun setengah berhadapan dengan penyakit ALS yang serius, dia telah melaluinya dengan sangat baik.
“Dia memberi komitmen yang baik terhadap kehidupan dan meraikannya setiap saat,” ujar kenyataan yang dikongsi isterinya, Susan May Pratt seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Bintang yang juga terlibat dengan banyak karya televisyen seperti Captain Marvel, The Astronaut Wives Club dan Ghost Whisperer itu didiagnos menghidap ALS pada Ogos 2018.
Dia mula berkerusi roda pada Oktober 2019 dan hanya mendedahkan penderitaannya pada Februari 2020.
“Pada saat mereka memberitahu saya menghidap ALS, saya berasa seperti dalam filem sendiri. Saya seperti berada pada babak berdepan dengan kenyataan diberitahu sedang menghidap penyakit serius. Saya terkejut dan tidak percaya,” katanya dalam temubual bersama People tidak lama dulu.
Mitchell meninggalkan seorang balu dan dua anak iaitu Lilah dan Kallum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024