Laman Utama

Bintang Taiwan Trauma Ibunya Curang, Lakukan Seks Dengan Bekas Suami

gempak
Maliah Surip
17/02/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Bintang Taiwan Trauma Ibunya Curang, Lakukan Seks Dengan Bekas Suami
Kisah pasangan berkahwin dan kemudian curang bukan hal yang baharu dalam kalangan masyarakat dunia. Ia sudah kerap kali menjadi pemberitaan.
Namun, kisah kecurangan yang satu ini mungkin agak tragis untuk dikongsikan sehingga wanita yang melalui situasi buruk tersebut mengaku trauma dengan kehidupan alam perkahwinan.
Wanita itu adalah seorang bintang Taiwan, Jiang Ping. Jiang Ping, 45, baru-baru mendedahkan perkahwinannya berakhir selepas ‘menangkap’ bekas suaminya curang.
Bukan orang lain, bekas suaminya yang merupakan seorang penulis skrip berlaku curang dengan ibunya sendiri!
Menurut Ping, pada awal perkahwinan, keluarga menentang kehendaknya kerana bakal suami berusia 14 tahun lebih tua daripadanya. Bapanya juga berasa calon suaminya bukan lelaki yang baik.
Ping pada waktu itu berusia 21 tahun dan berkeras untuk berkahwin dengan suaminya, lapor 8day.sg yang mengambil laporan tersebut daripada sebuah program yang ditayangkan tidak lama dulu.
Namun selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga, bekas suami mula melakukan penderaan secara fizikal dan mental. Suaminya juga tiba-tiba ‘hilang selera’ untuk melakukan hubungan seks suami isteri dengannya.
Setelah disiasat, rupa-rupanya suami sedang menjalin hubungan dengan ibunya sendiri.
Malah lebih menyakitkan hati, suaminya akan berpura-pura masuk mengurut ibunya di bilik manakala dia di ruang tamu bersama anak mereka. Ironi suami dan ibunya melakukan hubungan seks di belakangnya!
“Apabila saya tanya kenapa lakukan ini (curang) dia katakan ‘kalau saya tidak buat ini, ibu awak akan cari lelaki lain untuk curang’,” katanya dalam program sama.
Meski cuba memujuk hati dan memaafkan perbuatan suaminya, Ping tidak mampu menipu diri sendiri lalu mengambil keputusan untuk bercerai demi kesihatan mentalnya.
Kisah kecurangan yang berlaku juga membuatkan hubungannya dengan ibu terputus dan bapanya mengalami kekecewaan yang cukup teruk.
Dan dia hanya baru berkongsi kisah sedih itu sekarang sebelum terpaksa menanggung trauma selama 20 tahun di atas perbuatan bekas suami dan ibunya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live