gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ini Adalah Drama Perjuangan Wanita Paling Ikonik! Yang Terakhir Itu Paling Epik
BERITA
Sooka Rai Ulang Tahun Ke Empat Dengan Pelbagai Tawaran Eksklusif & Fungsi Baharu Untuk Pelanggan
VIRAL
Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
05/07/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
Bintang YouTube Popular Palsukan Kematian Hanya Untuk…

Seorang bintang popular YouTube sanggup memalsukan kematiannya demi mendapatkan bayaran balik sebanyak AS$50 (RM211) daripada sebuah syarikat penerbangan.

Tindakan Max Fosh, 30, dari London itu turut menjadi tular, baru-baru ini selepas dia mendedahkan kematian palsu tersebut hingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Video berjudul 'I Technically Died' yang sudah meraih hampir dua juta tontonan itu juga menceritakan bagaimana pelan itu bermula apabila Fosh gagal mendapatkan bayaran balik selepas dia cuba membatalkan tempahan tiket.

Menurutnya, wang hanya akan dikembalikan jika penumpang meninggal dunia.

Dia kemudiannya merancang untuk mendapatkan sijil kematian dari negara lain iaitu di Serboga.

"Syarikat penerbangan itu hanya memerlukan sijil kematian. Bagi memenuhi syarat itu, saya diisytiharkan 'meninggal dunia' di atas kertas," ujarnya yang turut mengadakan upacara pengebumian dan mengupah tiga individu untuk mengiringi keranda serta meminta editornya, Dave untuk menghasilkan kapsyen yang menyentuh hati.

'Usaha keras' Fosh akhirnya membuahkan hasil apabila dia menerima kiriman e-mel daripada syarikat penerbangan tersebut dalam tempoh lima hari dan bersetuju untuk memulangkan semula bayaran tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syarikat Penerbangan
#Bintang Youtube
#Palsukan Kematian
#RM211
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement