Mini drama yang pernah mendapat rating paling tinggi di Indonesia saat disiarkan di kaca televisyen tahun lalu, Sayap Pelindungmu kini telah memulakan tayangannya di Astro Rania saluran 112 HD.

Baru beberapa episod ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9.00 hingga 10.00 malam, dua bintang utama mini drama ini sudah mula menjadi perhatian.

Mereka adalah Jeff Smith, pelakon yang memainkan watak Refal dan Rosiana Dewi pemain karakter Cleo.

Ringkasnya, Sayap Pelindungmu menceritakan dengan Cleo yang mengalami kemalangan bersama kedua orang tuanya, namun hanya dia yang terselamat.

Refal pula adalah cinta pertama Cleo, tetapi ada misteri dan rahsia yang disimpan oleh orang tua Refal.

Sebelum 'jatuh cinta' lebih parah dengan pemain dan jalan ceritanya, jom ketahui fakta dan biodata dua pemain muda terkenal Indonesia ini.

Jeff Smith



Nama sebenar Jeff Smith adalah Mark Jeffrey Smith.

Ia kini berusia 22 tahun dan lahir pada 4 Januari 1998. Ayahnya bernama Milton Carey Smith dan ibu Areistiani.

Jeff Smith mula berlakon sejak tahun 2016 dan sejak itu dia telah terbabit dengan beberapa buah filem termasuk Wedding Agreement (2019) dan The Underdogs (2017), Sajen (2018), Alas Pati: Hutan Mati (2018).

Selain Sayap Pelindungmu, Jeff Smith telah terbabit dengan banyak sinetron lain.

Jeff Smith dan Rosiana Dewi sebelum ini pernah berpasangan di drama Cinderella Metropolitan.

Rosiana Dewi



Nama penuh Rosiana Dewi adalah Siti Afifah Rosiana Dewi. Dia juga dikenali dengan nama Rosiana Barbie kerana kecantikannya.

Lahir di Jawa Barat pada 8 Ogos 1996, usianya kini 23 tahun.

Selain berlakon, Rosiana Dewi adalah seorang model yang terkenal di Indonesia.

Rosiana Dewi memulakan karier lakonannya pada tahun 2008 dan bermain di banyak drama atau sinetron Indonesia.

Instagram: @rsn.dw, @mr.jeffsmith

Oleh: Maliah Surip