Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Biodata Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Kamaruddin Razal
27/07/2019 12:29 MYT
Mempunyai pengalaman selama 44 tahun sebagai Tengku Mahkota Pahang sejak tahun 1975 dan menjadi Pemangku Raja Pahang sebanyak dua kali, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lepas.

Seri Paduka akan ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong dan secara rasminya akan menggalas tanggungjawab sebagai payung mahkota yang menaungi rakyat Malaysia selama lima tahun pada Selasa ini, 30 Julai 2019.

Gemar menyantuni rakyat, sifat rendah diri, keprihatinan dan kesederhanaan Seri Paduka menjadi buah mulut semua serta mandapat pujian rakyat, sekali gus meletakkan Seri Paduka sebagai Ketua Negara yang disayangi semua lapisan tak kira usia, bangsa dan agama.

Berikut adalah biodata rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keputeraan
30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.

Pendidikan
1965 : Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
1966 – 1969 : Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang.
1970 – 1974 : Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang
1975 – 1977 : Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom.
: Davies College, London, United Kingdom.
1978 – 1979 : The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom
1980 – 1981 : Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom. Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan
1980 : Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)
: KaptenPasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia.
1 Mei 1999 : Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah
1 Jun 2000 : Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah
1 April 2004 : Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah

Pelantikan Tengku Mahkota Pahang
1 Julai 1975, Seri Paduka dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.

Pelantikan Pemangku Raja Pahang
Seri Paduka pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979, untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, menjadi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong VII.

Pada 8 Disember 2016, Seri Paduka sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam.

Sukan
Seri Paduka begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, Seri Paduka mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di Pekan, Seri Paduka menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.

Isteri
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar

Keputeraan
5 Ogos 1960

Anakanda putera dan puteri
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Jawatan disandang
Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang
Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia
Bola Sepak : Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)
: Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA
: Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Hoki : Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
: Presiden Persekutuan Hoki Asia
: Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa
Polo : Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)
: Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)
Skuasy : Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)
Gold : Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)
Menembak : Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang

Pencapaian
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur
Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia
Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Russia

Sumber: BH Online, Astro Awani, Utusan
Foto: Instagram Istana Negara
#Yang di-Pertuan Agong