Hiburan
“Birthday Girl Singing To Birthday Boy” - Aww Sweet & Adorable Sungguh Tun Siti Hasmah & Tun Mahathir
Relationship and couple goals! Itulah antara gelaran yang diberikan oleh warganet kepada Perdana Menteri kesayangan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Keutuhan cinta Tun Mahathir dan isteri yang mendirikan rumah tangga sejak 63 tahun lepas membuatkan mereka juga dikenali sebagai pasangan sweet.
Kini memori indah itu ditambah lagi apabila Tun Hasmah telah menyanyikan sebuah lagu istimewa khas buat suaminya sempena ulang tahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-94.
Momen sweet itu dikongsi oleh cucunya, Ally Mukhriz menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.
“Birthday girl singing to birthday boy,” tulisnya.
Video itu juga turut merakamkan wajah bahagia pasangan yang turut digelar sebagai ‘Malaysia’s Amazing Couple’ oleh rakyat Malaysia.
Tun Mahathir juga kelihatan turut menyanyikan lagu tersebut sambil tersenyum manakala Tun Hasmah pula memandang suaminya dengan penuh rasa cinta.
Video berkenaan juga telah mendapat lebih 60,000 tontonan.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan selamat hari jadi kepada Tun selain mendoakan kesejahteraan pemimpin negara yang disegani dunia itu.
Must-Watch Video