TERKINI
Bisikan Terlarang: Cemburu, Pengkhianatan & Jarak Jadi Punca Putus Sahabat
Putus cinta mungkin sakit, tapi putus kawan—lebih-lebih lagi sahabat baik sendiri—jauh lebih menyakitkan.
Bukan kerana cinta, tapi kerana kepercayaan yang dikhianati, kenangan yang tidak lagi dihargai.
Dalam segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories Gempak, kami membuka ruang kepada pengikut untuk berkongsi kisah mereka mengenai kehilangan sahabat baik tanpa sebab yang jelas.
Hasil tinjauan kami, ramai tampil berkongsi kisah luka yang terpendam sekian lama.
Ada yang tiba-tiba dipulaukan tanpa sebarang sebab walaupun telah berkawan lebih 10 tahun.

Apa pun puncanya, satu hal yang pasti—kehilangan sahabat baik adalah satu trauma yang senyap.
Ia mengajar kita tentang nilai manusia, ketahanan hati, dan pentingnya komunikasi.
Semoga semua yang pernah melalui pengalaman ini terus kuat, dan semoga Allah gantikan dengan sahabat yang lebih jujur, ikhlas dan memahami.