Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
GAYA HIDUP

Bisikan Terlarang: Cerita Rumah Orang, Tapi Kau Yang Sibuk Buka Tingkap

Asyraf Roslan 25/04/2025 | 10:55 MYT

Masalah dalam kalangan ahli keluarga bukanlah perkara asing. Nama pun manusi, ada masa kita bergelak ketawa, ada juga saat kita tersinggung dan terasa hati.

Tapi yang jadi tak sedapnya bila orang luar pula yang lebih sudu dari kuah.

Tanpa diminta, mereka tiba-tiba jadi ‘peguam tak bertauliah’, sibuk nak tahu, malah cuba jadi wakil untuk selesaikan isu yang tak ada kena-mengena langsung dengan mereka.

Dalam segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories Gempak baru-baru ini, kami membuka ruang untuk pengikut confess pernah tak ‘orang luar’ cuba sibuk hal keluarga korang?

Rata-rata ramai yang pernah berhadapan dengan situasi tersebut.
Ada antara mereka yang pernah berhadapan situasi dimana ‘orang luar’ cuba nak tahu masalah keluarga namun selepas itu sibuk mencanang satu kampung cerita yang tak betul.
Tak berhenti disitu, ada juga yang berkongsi ibu didera oleh ayahnya sendiri sebab percaya dengan termakan kata-kata ‘orang luar’.
Pelik sungguh ye perangai.
Lagi menarik, ada yang langsung tak ada kena mengena macam officemate pun sibuk mengendeng nak tahu hal keluarga.
Eh! Dah kenapa pulak macam tu?
Macam-macam sungguh perangai manusia ni kan. Bukanlah tak boleh nak ambil tahu tapi kena pandai juga menilai mana satu yang privasi dan yang bukan.
Kadang-kadang niat anda mungkin baik nak menolong tapi janganlah gunakan kesempatan itu untuk menjaja cerita orang dekat individu lain. Dah lari niat anda tu.
Kalau orang nak kongsi, mereka akan kongsi kalau tidak anda duduk diam-diam minum kopi.
P/S: Jangan terlalu jaga tepi kain orang kalau kain kita sendiri pun koyak rabak!

#orang luar #Bisikan Terlarang #Isu Keluarga