GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Isu Buli Bukan Sahaja Terjadi Di Sekolah, Tapi Juga Di Tempat kerja
Kes buli di sekolah bukan satu perkara yang baharu untuk dibincangkan namun ia sememangnya menjadi topik yang sangat serius.
Bukan sahaja di sekolah, isu membuli juga turut terjadi di tempat kerja.
Malah pengikut Gempak sendiri juga ada berkongsi pengalaman mereka menjadi mangsa buli ketika di sekolah dan tempat kerja.
Dalam segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories Gempak, kami membuka ruang untuk pengikut berkongsi pengalaman mereka.
Ada antara mereka mengalami pengalaman pahit dibuli secara fizikal oleh pengurus dan supervisor ketika sedang menjalani sesi latihan praktikal sehingga terpaksa membuat laporan polis.
Malah ada juga pengikut Gempak yang menjadi mengsa buli pada usia 14 hingga 17 tahun sehingga ia memberi kesan kepada dirinya sehingga ke hari ini.

Membuli juga satu jenayah tak kira la pembuli itu melakukannya di sekolah atau tempat kerja dan tindakan keras perlu dilaksanakan terhadap mereka yang melakukan perkara itu.
Gempak doakan semoga mangsa-mangsa buli dapat keadilan dan pulih daripada trauma dibuli.
Must-Watch Video