GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Pernah 'Suka Sepupu Sendiri'? Ramai Beri Jawapan Tidak Sebab...
Orang kata bila dah rapat perasaan sayang atau cinta tu mula hadir tapi yang pelik rasa itu datang untuk sepupu sendiri.
Pernah tak korang ada perasaan tersebut?
Menerusi tinjauan Gempak di segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories kami membuka soalan “Pernah tak suka sepupu sendiri?”.
Majoriti Jawab Tak Pernah
Soalan ini nampak macam gurauan saja, tapi jawapan yang masuk memang buat ramai terkejut!
Majoriti pengikut jawab tak pernah. Tapi… ada juga yang jujur mengaku pernah ada perasaan itu.
Keluarga Tegur Risau Generasi Tak Berkembang
Kebanyakan yang pernah rasa macam itu kata perasaan itu datang masa zaman kanak-kanak atau masa selalu main sama-sama time raya, pergi kenduri, lepak rumah nenek, dan lain-lain.
Ada yang cerita, mak ayah atau keluarga pernah tegur awal-awal, sebab risau kalau kahwin dengan sepupu, nanti kesihatan anak cucu terjejas. Katanya gen tak berkembang, atau dalam bahasa makcik-makcik “Nanti zuriat tak kuat.”


Walaupun ada yang pernah lalui perasaan tu, ramai juga yang kata hubungan sepupu ini lebih kepada kawan baik dalam keluarga, bukan untuk jadi pasangan cinta.


So, kalau nak tahu… ya, memang ada yang pernah suka sepupu sendiri, tapi ramai lagi yang tak pernah langsung!
Apa-apa pun, benda ni memang bergantung pada individu dan juga budaya keluarga masing-masing.