Viral
Biskut Tawar, Pulut Dakap! Uniknya Nama Dan Bentuk Gelang Emas Kelantan
Set perhiasan diri seperti gelang tangan antara aksesori pelengkap gaya untuk menambah seri keanggunan seorang wanita.
Pelbagai rekaan cantik dan seni pembuatan yang berkualiti tinggi membuatkan hati kaum hawa tidak sabar untuk menyambar seutas dua.
Namun apa yang menarik perhatian warga baru-baru ini adalah gelang emas dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Keunikan nama, rekaan dan gaya unik yang diberikan sudah pasti menjadi bualan warganet.
Antara nama-nama yang diberikan adalah mengikut nama makanan seperti biskut tawar, pulut dakap dan roti bun.
Difahamkan nama rekaan-rekaan itu diberikan bentuk makanan berkenaan.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik yang diambil menerusi Facebook Kelantanese.
Must-Watch Video